Monday, November 12, 2012

Percayalah....

Assalamualaikum,

Hidup ini ibarat roda.. kadang-kadang kita dekat bawah kadang kita dekat atas..
ada kalanya kita GEMBIRA, SEDIH, KAYA, MISKIN dan macam-macam lagi.

Sesungguhnya manusia ini selalu lalai akan tujuan kehidupannya diciptakan sebab tu lah ada manusia bila gembira atau kaya selalu melupakan ALLAH.

Tetapi bila sedih atau miskin baru nak ingat ALLAH..
Sesungguhnya ALLAH itu maha pengampun walau hamba dia dah buat macam tu dia still nak ampunkan hamba dia dan sanggup mendengar rintihan hambanya.
Jika dibandingkan dengan manusia sanggupkah mereka mendengar segala masalah kita??

Jadi lepas ni kalau ada masalah mengadulah dengan ALLAH tau... ^_^

PERCAYALAH..


Friday, October 19, 2012

Terima Seadanya...

Assalamualaikum,

Saya nak cakap tentang kawan. Kawan kita juga adalah seorang manusia sama macam kita. Dia bukanlah sempurna kita pun tak sempurna. Jadi jangan lah kita nak kutuk kawan kita sebab nanti bila kita mati pakai kain kapan warna putuh jugak. Sahabat ni ialah seorang peneman yang di hantar oleh allah untuk menemani kita di saat kita dalam kedukaan atau kegembiraan. 

Tapi jangan pernah ingin rasa untuk memilih sahabat yang akhlaknya teruk jika kita tidak mampu untuk mengubah diri dia atau diri kita memang sudah teruk.

Dan kalau kita nak tengok seeorang tu macam mana. Cuba tengok kawan dia sebab.
" ada orang berkata seorang sahabat itu ialah cermin kepada sahabatnya itu"


Ingatlah pilihlah sahabat yang boleh bawa kita ke syurga-Nya dan janganlah pernah menginginkan kawan yang boleh membawa kita ke neraka.

Ingatlah jangan kita berkawan hanya bila perlu, berkawan lah jika kita dalam apa situasi juga. Dan TERIMALAH SEADANYA kawan kita.

Yang paling penting:
Kalau kita sayang kawan kita cakaplah---> Uhibbukifillah
katakanlah juga---> Ukhwahfillahtilljannah

Jadi lepas ni terima kawan kita walau dia bukan seorang yang sempurna.

Friday, October 12, 2012

Choose the right.

Setiap 10 kawan kita mesti, mesti ada 10 sifat yang kita pelajari dari kawan kita. Dalam banyak-banyak kawan kita mesti ada yang kita suka dan ada yang kita tak suka. Dari 1001 sifat kawan kita, ada tiga sifat yang kita selalu tengok dan jumpa.

1. False Friend
   => Maksudnya kawan yang salah. Kawan jenis ni ialah hanya mempergunakan kita dalam berukhwah.

2. Season Friend
   => Ianya ialah kawan yang kawan dengan kita bila time musim. Contohnya bila musim dia sedih, susah,        
         takde kawan baru dia cari kita. Tapi bila dia gembira, senang ada ramai kawan dia tinggalkan kita         
         macam tu je.

3. Honest friend.
   => Iaitu kawan kita yang baik. Baik sebab dalam apa situasi yang dia hadapi atau kita hadapi dia tetap 
         ada di sebelah kita untuk memberi semangat kepada kita.

Jadi lepas ni pilihlah kawan yang kita rasa terbaik untuk kita dan yang boleh membawa kita ke syurga.



Dalam membina rantaian-rantaian ukhwah, binalah ukhwah itu seperti TASBIH yang tiada akhir mahupun mula. Janganlah jadikan ukhwah itu seperti MEE SEGERA diman bila panas kita makan bila sejuk kita akan buang.

Sekarang kita boleh pilih mana satu yang patut dijadikan kawan atau tidak. Tapi kalau kita rasa kita tidak akan terpengaruh cubalah kita berkawan dengan seseorang yang kita rasa perlu dibimbing dan ajak dia sama-sama memperoleh syurga Illahi..

UHIBBUKIFILLAH WA UKHWAHFILLAH TILL JANNAH..

Monday, September 24, 2012

What can i do when my friend is missing???


Assalamualaikum, mesti semua orang pernah rasa bersendiri kan?? Ianya juga sudah semestinya menjadi tanda tanya kenpa kita kenapa dipinggirkan kan?? Kalau dalam situasi macam tu kita kena fikir positive, jangan sesekali pikir negetive. Sebab ianya akan menimbulkan segala sifat negetive yang membebankan. Kita fikir je lah mungkin kawan kita nak buat kita sedar di atas kesilapan kita, walau hati kita...


dan mungkin di saat itu kita memerlukan seorang teman untuk menceritakan kesedihan yang kita alami ini


tapi kita masih cari siapa kah teman itu.. jawapanya ialah kita mestilah mengadu kepada allah, mungkin juga kita boleh minta maaf kepada sahabat kita lalu bertanya kenapa dia buat kita macam tu dan terakhir sekali kita mestilah kena dekatkan diri dengan allah melalui.......


juga segala ibadah lain yang boleh mendekatkan diri dengan Allah.

Tapi jangan sesekali kita menunjukkan kesedihan kita, tapi tunjukkanlah senyuman kita walau hati kita terluka.. Sebab kita tak nak air mata kesedihan itu jatuh dan mungkin orang yang tak sepatutnya tahu tentang kesedihan itu turut memberi simpati di atas kesedihan kita itu..Percayalah bahawa sesiapa yang ingat allah tidak akan merasa diri mereka keseorangan..



Semoga segala perkongsian boleh dijadikan pedoman, k. Maaf sangat- sangat kalau post ni tak best. Sebab saya pun takdelah sempurna mana pun..Sekian terima kasih. Assalamualaikum...

Friday, September 21, 2012

Peringatan Hari Minggu

Assalamualaikum, admin cuma nak bagi peringatan. Kalau ada masa terluang pleaselah jangan duduk terperap dalam bilik je...sebab admin tau bukannya buat apa-apa pun dekat dalam bilik tu kan??? Lagi-lagi hari sabtu dan ahad, korang kena lah spend time sikit untuk keluarga.Sebab hari isnin sampai Jumaat dah sekolah, mestilah korang kurang masa untuk bersama kelurga. Admin ada terdengar ada orang cakap budak yang main bola atau main benda apa-apa lah yang penting dekat luar rumah, budak tu lebih bijak dari budak yang asyik duduk dalam bilik walaupun dia tu seorang pandai sekalipun. Tapi lainlah kalau budak tu memang ulat buku. Sebab kalau dalam bilik otak kita tak boleh berkembang dengan baik, kalau dekat luar pulak otak kita akan berkembang dengan cara yang sangat baik.. Lagipun kalau menghadap laptop lama-2 nanti mata rosak, kalau mata dah rosak mana nak cari ganti.. Kesimpulannya, jagalah mata tu baik-2 sebab ianya ialah satu pemberian allah yang tidak ternilai dengan mata wang. Jadi fikirkanlah baik-baik. Admin hanya mengingatkan, sebab admin pun bukan lah sempurna sangat pun..

Thursday, October 6, 2011

"... Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." - (Surah Ali-Imran : 148)

jikata merasakan bahawa kita kesepian,ingatlah allah sentiasa beradabersama orang yang sentiasa berbuat kebaikan.

allah sangat menyanyagi orang yg berbuat kebaikan.Maka jika kita merasa kespian,pergilah berkhalwah supaya dapat mendekatkan diri kita kepada allah.

Friday, August 12, 2011

Tips persediaan sebelum peperiksaan


-persediaan hati


Persediaan hati lebih banyak mempengaruhi kedua-dua persediaan lain, cuma ia tidak nampak secara zahir. Hati yang bersih memudahkan seorang muslim itu mendapat petunjuk dan bimbingan Allah lantas memudahkan dia menuntut ilmu yang suci. Antara caranya ialah dengan memperbanyakkan amal ibadah kerana Allah dengan memasang niat yang benar dan melakukan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

• Persediaan akal


1. Pastikan mempunyai mind set bahawa peperiksaan merupakan satu perkara yang positif untuk seseorang itu berusaha bersungguh- sungguh untuk mencapai sesuatu.
2. Berlatih menjawab past year question.
3. Jadikan study room anda sebagai operation room dengan menampal:
• kata-kata seperti “Allah bersama orang-orang yang berusaha” atau gambar- gambar yang dapat menaikan semangat anda.
• Tarikh dan tempat peperiksaan
• Countdown seperti ” 1 week to go”
• Peta minda

• Persediaan jasmani
Jaga kesihatan, bermula dari persiapan awal sehingga melangkah ke dewan peperiksaan untuk mengelakkan anda berasa bimbang dan terganggu emosi. Antara cara-caranya ialah:

1. Tidur yang cukup
2. Jaga pemakanan yang bersih (halal) dan seimbang.
3. Bersenam
4. Jaga Keselamatan

Akhir kata, BECA ingin mengucapkan selamat menjalani peperiksaan kepada semua pelajar Malaysia. Kuatkan semangat dan usaha. Pastikan kita tidak lupa berdoa dan berserah kepada Allah selepas berusaha. Semoga kita semua berjaya mencapai apa yang dicita-citakan.