Friday, September 21, 2012

Peringatan Hari Minggu

Assalamualaikum, admin cuma nak bagi peringatan. Kalau ada masa terluang pleaselah jangan duduk terperap dalam bilik je...sebab admin tau bukannya buat apa-apa pun dekat dalam bilik tu kan??? Lagi-lagi hari sabtu dan ahad, korang kena lah spend time sikit untuk keluarga.Sebab hari isnin sampai Jumaat dah sekolah, mestilah korang kurang masa untuk bersama kelurga. Admin ada terdengar ada orang cakap budak yang main bola atau main benda apa-apa lah yang penting dekat luar rumah, budak tu lebih bijak dari budak yang asyik duduk dalam bilik walaupun dia tu seorang pandai sekalipun. Tapi lainlah kalau budak tu memang ulat buku. Sebab kalau dalam bilik otak kita tak boleh berkembang dengan baik, kalau dekat luar pulak otak kita akan berkembang dengan cara yang sangat baik.. Lagipun kalau menghadap laptop lama-2 nanti mata rosak, kalau mata dah rosak mana nak cari ganti.. Kesimpulannya, jagalah mata tu baik-2 sebab ianya ialah satu pemberian allah yang tidak ternilai dengan mata wang. Jadi fikirkanlah baik-baik. Admin hanya mengingatkan, sebab admin pun bukan lah sempurna sangat pun..

No comments:

Post a Comment